"Itik Hodoh" Kini Bertukar Menjadi "Angsa Menawan"


DULU giginya boleh dikatakan "bersepah" tetapi kini, selepas menjalani pembedahan bagi membetulkan semula gigi terbabit, Ellie Jones, 20, telah bertukar menjadi seorang gadis yang cantik dan kini berazam untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Wales.

Jika dulu digelar sebagai "itik hodoh" kini Ellie menjadi angsa cantik selepas menjalani pembedahan di bahagian rahang untuk membetulkan giginya pada usia 16 tahun.

Pembedahan itu disifatkan Ellie sebagai menyakitkan hingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap.

Dia juga terpaksa mengamalkan diet cecair selama sebulan dan hanya berkomunikasi dengan menggunakan komputer riba.

“Saya juga sukar bertutur disebabkan mulut saya bengkak selepas pembedahan. Ia mengambil masa selama enam bulan untuk keadaan menjadi seperti biasa semula,’’ katanya.


Kini, Ellie berazam menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan dan mengubah dirinya daripada pemalu kepada seorang gadis yang berani.

Sementara itu, ibunya, Emma Woolley berkata, pembedahan yang dijalankan itu bukan sahaja mengubah Ellie malah cara dia melihat dirinya sendiri turut berubah.

“Tahap keyakinannya meningkat dan dia menjadi seorang gadis yang cantik,’’ katanya. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com