AddThis

Helang Merah Bergantung Pada Aksi JDT Untuk Layak Ke AFC


ALOR SETAR - Skuad Helang Merah terpaksa menunggu aksi hebat dan kecemerlangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk diberi kelayakan menyertai Piala AFC bagi zon Asia Tenggara bagi musim depan.

JDT perlu meloloskan diri dalam pusingan Play-Off pusingan ke-2, pada 31 Januari nanti menentang pasukan Bangkok FC dan Play-Off pusingan ke-3 untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC.

Difahamkan bahawa sekiranya JDT layak ke liga berkenaan, maka Kedah akan diterima menyertai kejohanan peringkat antarabangsa itu bagi menggantikan wakil Malaysia yang dikosongkan JDT.


Merujuk pada laman Facebook rasmi Piala AFC, sehingga kini Kedah masih diletakkan di dalam senarai pasukan menunggu bersama pasukan dari negara ASEAN lain seperti Vietnam, Filipina, Myanmar dan Singapura.

Selain JDT yang kini berada di dalam kumpulan F, Felda United turut tersenarai di dalam kumpulan G piala AFC 2017. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com