Giliran Pau Ayam Panggang Comel Pula Jadi Viral


Melihat gambarnya pun sudah membuatkan ramai geram dan tak sabar-sabar ingin mencubanya bukan?

Namun jangan salah sangka pula, ini bukanlah ayam panggang, sebaliknya hanyalah sejenis pau semata-mata.

Memang kreatif sungguh hinggakan pau ini langsung tidak ubah seperti ayam panggang bersaiz comel.


Dek kerana itu, pau ayam panggang ini mencuri tumpuan netizen hinggakan menjadi viral di media sosial.

Pendek kata, yang pelik-pelik dan unik-unik memang cepat mendapat perhatian.

Difahamkan, pau ini adalah ciptaan baru tahun 2017 daripada pengusaha yang sama dengan pau cendawan viral iaitu Pau Hassan.


Jika pau cendawan viral diperbuat daripada carbonara dan ayam, pau ayam panggang pula menggunakan ramuan lada hitam, ayam dan bawang.

Bagi yang ingin mencuba makanan viral ini, boleh dapatkan dari Pau Hassan di Putrajaya seperti yang diviralkan sebelum ini.  Harganya pula RM10 bagi tiga biji pau. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com