9 Pendaki Terperangkap Di Gunung Gading, Lundu


KUCHING – Sembilan pendaki dan salah seorang daripadanya cedera, terperangkap di Gunung Gading, Lundu, yang terletak kira-kira 62 kilometer dari sini atau dua kilometer dari pekan Lundu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu masih mendaki untuk ke lokasi mangsa dipercayai berada.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Lundu menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 6.30 petang tadi.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kota Samarahan sebuah bot dilaporkan karam di sungai berhampiran Kampung Serpan, Asajaya, Kota Samarahan. Jarak kejadian adalah 53 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pengadu melaporkan bot yang digunakan mangsa telah ditemui tersadai kira-kira lapan kilometer dari jeti Kampung Serpan tetapi mangsa tidak ditemui.

Katanya, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan maka operasi mencari mangsa terpaksa ditangguhkan pada jam 6.50 petang tadi dan akan disambung pagi esok. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com