Wawa Zainal Enggan Maafkan Penulis Dakwa Rumahtangga Goyah


Pelakon wanita, Wawa Zainal menerusi satu posting di laman Instagram (IG) mengatakan dia tidak akan memaafkan penulis ruangan pojok di sebuah akhbar yang menulis artikel mendakwa rumah tangganya sedang goyah.

Memetik artikel itu, penulis mendakwa Wawa dikatakan merajuk melihat keakraban di antara suaminya, aktor Aeril Zafrel dengan pasangan heroinnya dalam drama Patahnya Sebelah Sayap, Ummi Nazeera.

Dalam artikel itu juga menyebut, disebabkan Wawa cemburu dengan kemesraan Aeril dan Ummi menyebabkan suaminya terpaksa mengambil inisiatif memujuk dengan membawa mereka sekeluarga bercuti di Korea Selatan, baru-baru ini.


Wawa di Instagramnya menulis, “Eh mana ada cemburu. Kalau cemburu daripada dulu lagi tak kasi dia berlakon dengan mana-mana perempuan. Hahahaha. Saya tahu dorang memang kawan baik. Tapi best juga kalau kita merajuk, Aeril pujuk bawa pergi bercuti ke luar negara. Nak merajuk la lepasni. Erm nak pergi Paris, Istanbul. Ececeh.”

“Semoga Allah ampunkan saya dan keluarga, tapi saya tak akan maafkan penulis tu, sampai dia memohon maaf,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.



Selain menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah, Wawa turut juga mempromosikan drama terbaharu lakonan suaminya bersama Ummi berjudul Nahu Rindu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

"Nahu Rindu" merupakan naskhah kedua yang sekali lagi menggandingkan Aeril dan Ummi sebagai teraju utama selepas "Patahnya Sebelah Sayap". –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com