Wanita Langsung Tak Sedar Dirinya Mengandung


Seorang wanita dilaporkan langsung tidak menyedari dirinya mengandung sehinggalah air ketubannya pecah.

Memetik laporan South China Morning Post, wanita berkenaan yang tinggal di sebuah wilayah Zhe Jiang, China, telah dibawa ke hospital selepas ditemui dalam keadaan lemah di pintu masuk sebuah kafe siber, 4 November lalu.

Pemeriksaan doktor mendapati bayi di dalam kandungan wanita berkenaan sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum dia ditemui.

Wanita berkenaan yang merupakan seorang anak yatim piatu berkata, dia terkejut selepas diberitahu oleh doktor mengenai khabar tersebut.

"Perut saya menjadi besar, dan saya datang haid bulan lalu jadi saya tak menyangka saya mengandung," katanya yang dikatakan banyak menghabiskan masa melayari internet.

Difahamkan wanita itu kini sudah dibenarkan keluar dari hospital. - Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com