Viral Gambar Pegang Neelofa, Ini Penjelasan Fattah Amin


SEKEPING gambar memaparkan aksi pelakon Fattah Amin memegang tangan Neelofa ketika mereka tiba di Labangan Terbang Antarabangsaa Brunei, baru-baru ini mendapat perhatian netizen selepas tersebar menjadi viral di media sosial.

Gambar tersebut seolah-olah menguatkan lagi gosip percintaan mereka, tidak kurang juga yang memberi komen negatif memandangkan status Neelofa sebagai seorang yang berhijab dan juga bergelar Hajah.

Tampil menjelaskan segalanya, Fattah memberitahu, insiden itu berlaku secara tidak sengaja selain pada ketika itu dia perlu melindungi Neelofa daripada diserbu peminat.

“Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.

“Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan,” katanya, memetik Harian Metro.

Sementara itu, mengulas mengenai sejauh mana hubungan mereka, Fattah memberitahu, dia hanya menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT.

“Saya tahu ramai mahu kami bercinta sehingga mewujudkan akaun kelab peminat di Instagram. Malah setiap komen diletakkan #lofatah. Apa boleh saya katakan, doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Difahamkan, ribuan peminat Brunei menunggu pasangan ini di lapangan terbang termasuk juga ada yang menunggu di hotel penginapan mereka. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com