VIDEO VIRAL : Atuk Goyang Dumang Sakan Tak Hengat Dunia..


RAKAMAN video aksi seorang datuk selamba sahaja melakukan ‘goyang dumang’ pada sebuah majlis perkahwinan menjadi viral menerusi media sosial beberapa hari lalu.

Menerusi video berdurasi satu minit 16 saat yang dimuat naik di laman YouTube oleh akaun @DangdutKoploSunda itu memperlihatkan aksi lucu seorang datuk menari mengikut rentak lagu ‘Goyang Dumang’ dipopularkan Cita Ciatata.

Warga emas yang memakai sut berwarna gelap serta bersongkok pada mulanya hanya menggerakkan beberapa anggota tubuhnya saat penyanyi undangan pada majlis berkenaan mula menyanyikan lagu tersebut.

Namun segala-galanya berubah seperti ‘dirasuk’ oleh satu roh lain apabila dia kemudan dilihat seoalah-olah tidak dapat memberhentikan rentak rancaknya.


Aksi lincah warga emas itu berjoget turut mencuri tumpuan beberapa tetamu yang berada di majlis berkenaan.

Walau bagaimanapun, individu yang memuat naik video berkenaan tidak menyatakan bila dan lokasi tepat aksi itu dirakam.

Namun apa yang pasti, insiden yang viral ini berlaku di negara jiran, Indonesia, berdasarkan dialek pertuturan dalam video serta cara berpakaian beberapa tetamu di majlis tersebut. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com