Tom Cruise Sudah Ada "Awek" Baru, Tapi Misteri..


PELAKON Tom Cruise dilaporkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita misteri sejak beberapa bulan lalu.

Seperti dipetik Mirror.co.uk, hubungan tersebut dilihat semakin serius dan sedang menujuk ke fasa seterusnya.

Menurut sumber, perkenalan mereka terjalin ketika Tom sedang menjalani penggambaran filem di London.

Pasangan ini dilaporkan wanita itu bercuti di sebuah perkampungan di Cotswolds, kira-kira dua jam dari kota London.

"Dia sangat serius dengan hubungan tersebut dan ingin memastikan ia berjalan lancar. Dia bukan sahaja mahu seorang kekasih, malah seorang yang boleh menjadi sahabatnya," ujar sumber.

Bagaimanapun, sehingga kini, Tom masih belum tampil memberi penjelasan tentang perkara berkenaan.

Tom berkahwin dengan Katie Holmes pada tahun November 2006 dan bercerai pada Julai 2012. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Suri Cruise.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com