Teresa Kok Dakwa Setiausaha Agung PAS Melampau


KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan melampau kerana memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri usaha parti itu meminda akta sedia ada bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, kenyataan Takiyuddin PAS akan menentang cadangan meminda akta bagi menghentikan penukaran unilateral agama kanak-kanak kepada Islam juga sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

“Kenyataan itu menunjukkan PAS telah mengabaikan slogan ‘PAS For All’. Kesalahan yang akan menguburkan PAS kerana berpandangan bukan Islam mahu mencampuri hak muslim.

“DAP tidak akan berkompromi dengan pendirian kami untuk mempertahankan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teresa berkata, PAS adalah sebuah parti yang memperkudakan agama Islam untuk kepentingan politik.

PAS melalui presidennya membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

Cadangan itu bagaimanapun dibantah hebat Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

DAP mendakwa usaha memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah sebenarnya usaha PAS melaksanakan hukum hudud yang ketinggalan zaman dan mengundang bias kepada golongan wanita.

PKR dan PAN pula membantah usaha tersebut kerana mahu mengambil kesempatan mendapatkan sokongan bukan Islam tetapi mendakwa kononnya usul PAS itu mengelirukan. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com