“Tahniah Untuk Negeri Kedah! Bangsa Kedah,” - Nik Abduh


KUALA LUMPUR – Satu status ringkas di Facebook mengenai kemenangan pasukan Kedah malam tadi oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menimbulkan persoalan.

Ia ekoran ucapan tahniah beliau kepada Kedah kerana muncul juara Piala Malaysia itu seolah-olah menyindir pasukan ternama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang gagal dalam saingan itu.

“Tahniah untuk negeri Kedah! Bangsa Kedah,” katanya dilaman Facebook rasmi beliau lewat malam semalam.


Johor sebelum ini memperkenalkan istilah Bangsa Johor bagi memperkuatkan kesatuan rakyat negeri itu.

Bagaimanapun, istilah itu mendapat kritikan segelintir pihak termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Netizen yang memberi reaksi kepada status Ketua Pemuda PAS itu kemudian memuatnaik komen yang menyindir pasukan JDT:

Mohd Kamal; “Terima kasih ustaz…tapi panggil oghang Kedah ja…bangsa belah-belah Singapore nu…..”

Shamshinar; “Terima kasih ustaz..oghang Kedah ja ustaz..bukan bangsa Kedah tinggi sangat level bangsa tu ustaz..kami besa-besa saja.”

Marina Ibrahim; “Tanpa pemain bintang…Kedah berjaya ..tahniah…ustaz..”

Rauziah Mohd. Ayob; “Jangan panggil bangsa-bangsa …tak suka dengar dan baca….orang Kedah sederhana saja.”

Mie solo; “Bukan main dalam ayat tu..hahaha..Champions AFC bangsa Johor.. menang Piala Malaysia bangsa Kedah..haha.”

Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan. –Kedahnews.com

1 comment:

  1. Tahniahlah bangsa Kedah. Ingat, bangsa Selangor akan bangkit tahun hadapan. Tapi awas! Bangsa Melaka sedang membina kekuatan. Majulah bolasepak untuk negara... FAM sila berusaha perbaiki kedudukan dan capai ranking dunia di bawah 100 menjelang 2020.

    ReplyDelete

| Copyright © 2013 KedahNews.com