Simpanan Shariah KWSP Cecah RM50.25 Bilion Akhir Oktober


KUALA LUMPUR – Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pengambilan sebanyak 50.25 peratus pada akhir Oktober bernilai RM50.25 bilion daripada peruntukan awal RM100 bilion bagi skim tersebut.

Setakat ini, skim tersebut yang dibuka untuk pendaftaran pada 8 Ogos tahun ini mencatatkan 503,734 pendaftaran dengan purata 167,911 pendaftaran setiap bulan, kata KWSP dalam satu kenyataan semalam.

“Ahli-ahli yang berhasrat menukar kepada Simpanan Shariah digalakkan untuk mengunjungi mana-mana 68 cawangan KWSP di seluruh negara untuk berbuat demikian bagi mengelakkan kesesakan saat-saat akhir pada Disember.

“Tarikh tutup bagi Simpanan Shariah 2017 ialah pada 23 Dis, 2016, dan juga tertakluk kepada adanya peruntukan RM100 bilion itu, yang mana lebih awal,” kata dana pencen itu. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com