Rumahtangga Farid Kamil - Diana Danielle Dilanda Badai?


RUMAH tangga pasangan pelakon popular Farid Kamil dan Diana Danielle didakwa bermasalah selepas aktres itu mengakui sudah mendapatkan nasihat peguam syariah.

Diana walau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab mengapa dia mendapatkan nasihat peguam syariah pada minggu lalu.


Memetik laporan Berita Harian, Diana menjelaskan, “Perkara itu memang benar (mendapatkan nasihat peguam), tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan.”

“Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” ujar pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu.


Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Muhammad; 3, dan Nur Aurora; setahun.

Menerusi muat naik posting terbaharu di laman Instagram Diana, aktres itu ada memasukkan gambar terbaharu suaminya bermesra bersama anak perempuan mereka dengan kapsyen manis berbunyi, “Her babah is her everything.” -Kedahnews.com

A photo posted by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com