Polis Akan Panggil Syed Saddiq Beri Keterangan


KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk diambil keterangan dalam siasatan berhubung kandungan surat terbukanya yang ditujukan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis telah menerima beberapa laporan berhubung perkara itu, katanya.

"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam membuat sebarang komen terhadap raja dan institusi raja," katanya.

Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebooknya, Syed Saddiq yang merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, antara lain dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas. - BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com