Pereyra Diaz Bakal Tinggalkan JDT Musim Depan?


KUALA LUMPUR – Penyerang import "glamour" Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz berkemungkinan besar akan meninggalkan pasukan itu pada musim depan.

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez memberitahu, Diaz berkemungkinan dijual kepada pasukan luar negara yang berminat membelinya.

“Kami telah menerima tawaran menarik dari kelab Mexico dan Eropah yang berminat dengan pemain import kami.

“Saya rasa kemungkinan besar beliau tidak akan berada di sini pada musim hadapan. Kita lihat dulu,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Diaz, 26, yang berasal dari Argentina mula mewakili JDT pada tahun 2014 mempamerkan aksi cemerlang membantu pasukan itu mengondol beberapa kejuaraan sebelum ini.

Beliau pernah dipinjamkan kepada kelab Atlético Independiente selama empat bulan pada tahun lalu sebelum kembali semula kepada JDT. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com