Pengendali Page FB "Sarawak Keluar Malaysia 2021" Diberkas


SIBU – Polis memberkas pengendali laman sosial Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’, di sini pada 2.40 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya berkata siasatan terhadap pengendali laman berusia 48 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut beliau, sehingga hari ini sebanyak 13 laporan dibuat terhadap laman tersebut dengan laporan terbaharu diterima di Mukah.


Sebelum ini laman tersebut menyatakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan kerajaan persekutuan dan UMNO kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara dan mengancam mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Bagaimanapun pada Isnin lalu pejabat Adenan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan laman itu. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com