Pemuda UMNO Gesa Malaysia Tarik Diri Piala AFF 2016


1. BIRO Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia menyeru kepada kerajaan Malaysia agar segera menarik diri daripada kejohanan bolasepak AFF Piala Suzuki di Myanmar yang sedang berlangsung kini.

2. Keputusan ini dibuat bagi menunjukkan protes negara terhadap pembunuhan dan diskriminasi berterusan kepada kaum Rohingya di negara Myanmar yang tiada kesudahan.

3. Kerajaan Myanmar seolah-olah langsung tidak peduli di atas fenomena pembersihan etnik Rohingya yang berlaku selama ini.

4. Skuad sukan Malaysia juga pernah menarik diri daripada kejohanan Olimpik pada tahun 1980 di Moskow , di atas sebab protes.

5. Sesungguhnya nyawa seseorang itu lebih berharga daripada sebuah piala sukan dan kerajaan Malaysia seharusnya mengambil langkah ini bagi mengetuai protes dengan penarikan skuad bolasepak daripada Myanmar dengan kadar segera.

6. Kami juga menyeru kepada Kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan bagi menyekat Negara Myanmar daripada menyertai sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2017 di atas rasional yang sama.

Sekian

Dato Mohamed Hazali Abu Hassan
Pengerusi

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com