Pemimpin PAS Gesa PPBM Masuk Pakatan Harapan


ALOR SETAR - Ahli Parlimen (PAS) Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memohon untuk menyertai Pakatan Harapan bersempena Konvensyen Pakatan Harapan yang bakal berlangsung pada 12 November ini.

Beliau menegaskan bahawa PPBM amat perlu untuk berada di dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR menjelang Pilihanr Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

"Membawa PPBM untuk menjadi anggota komponen PH adalah satu keperluan dan harapan bagi memberi keyakinan pada rakyat.

"Tiada menghilang nama dan tiada mengurang bisa jika PPBM memohon untuk menyertai PH dan seterusnya semasa Konvensyen PH pada 12 Nov 2016 ini diistiharkan PPBM sebagai anggota komponen baru PH," katanya dalam satu kenyataan media.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen PAS itu dalam kenyataannya langsung tidak menggesa supaya partinya, PAS, untuk menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP itu, ataupun menggesa PPBM untuk menyertai Gagasan Sejahtera yang diketuai PAS.

Mengulas lanjut Mahfuz menegaskan bahawa tidak cukup bagi PPBM untuk hanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan, sebaliknya parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu perlu menyertai gabungan tersebut.

"Apa yang berlaku sekarang PH bekerjasama dengan PPBM. Ini tidak menunjukan kesatuan sebenar untuk rakyat mendukung parti pembangkang pada PRU14 nanti, bermula dari sekarang.

"Apabila sudah menjadi 'satu' dalam PH barulah mudah untuk bersama melakar persekitaran politik,membina kekuatan bersama dan merancang..." katanya lagi. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com