Pemilihan Ke Sekolah Berasrama Penuh Bukan Sahaja Akademik - "Cikgu Det"


SUNGAI PETANI – Pemilihan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bukan hanya berdasarkan kepada jumlah ‘A’ dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sebaliknya penilaian turut mengambil kira pentaksiran berasaskan sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan penilaian turut melibatkan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Psikometrik (Ppsi).

Justeru, katanya, jumlah bilangan A yang dicapai oleh pelajar belum tentu menjamin tempat di SBP, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Umno Kedah 2016 di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu kemasukan pelajar ke tingkatan satu SBP kepada 3A dan 3B dalam ujian UPSR pada tahun depan.

Mahdzir berkata pentaksiran berasaskan sekolah sudah dibuat di beberapa negara antaranya Jepun, Korea Selatan, Singapura, Eropah, Anmerika Syarikat dan United Kingdom.

“Sebelum ini kaedah penilaian hanya berasaskan peperiksaan, namun kali ini kita harap ibu bapa dapat memahami bahawa kita sudah beralih (tidak tertumpu kepada keputusan akademik semata-mata),” katanya. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com