Pekerja Shell R&R Gurun Dicekup "Skodeng" Dalam Tandas


GURUN – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diintai seorang lelaki ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di sini, kelmarin.

Menerusi laporan polis yang dibuat mangsa, dalam kejadian di hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun arah selatan itu, mangsa ternampak sebuah telefon bimbit berwarna hitam di bahagian atas tandas sedang merakam dirinya.

“Semasa saya sedang membuang air kecil, saya ternampak telefon bimbit berwarna hitam di bahagian atas tandas yang sedang merakam saya membuang air kecil. Saya terus menjerit dengan sekuat hati.

“Ayah saya menunggu di luar terdengar jeritan saya terus masuk ke dalam tandas dan berjaya menangkap lelaki itu,” kata mangsa dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu.


Berikutan jeritan mangsa, bapanya berjaya menangkap seorang lelaki warga asing yang juga merupakan pekerja stesen minyak berkenaan.

Suspek bagaimanapun cuba merayu untuk dilepaskan, namun tidak diendahkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com