Pekerja Kontrak Maki Polis Didenda RM100


KUALA LUMPUR – Berang keretanya ditunda polis trafik kerana menghalang lalu lintas di zon tunda, seorang pekerja kontrak yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis itu didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Umzarul An-Nur Umar turut memerintahkan tertuduh M. Raja, 52, dipenjara dua hari jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh mengaku bersalah mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada anggota polis trafik Nazeli Ab Khalil, 49, di hadapan Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S Lee, di sini pada 6 petang, 22 Nov lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Tertuduh membayar denda itu.- BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com