PAS Kesal Harimau Malaysia Bertanding Di Negara "Sembelih" Rohingya


KUALA LUMPUR – PAS kesal kerana Harimau Malaysia menyertai Piala AFF 2016 yang berlangsung di Myanmar dari 19 November hingga 17 Disember ini.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, pasukan bola sepak Malaysia sepatutnya memboikot kejohanan itu kerana masyarakat Islam Rohingya sedang dibunuh di negara itu.

“Bukankah Rakhine sedang disembelih dan darah umat Islam Rohingya di sana menjadi murah saat ini?

“Jikalau skuad kebangsaan boleh boikot menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 1980 lewat solidariti umat Islam sebagai respon bantahan terhadap pembantaian umat Islam di Afghanistan.

“Mengapa skuad bola kebangsaan hari ini tidak boleh memboikot penyertaan Piala AFF yang bermula di Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Skuad Harimau Malaysia yang merupakan juara 2010 diundi dalam kumpulan bersama tuan rumah, Myanmar selain juara 2008, Vietnam dan juara dari pusingan kelayakan iaitu Kemboja, Laos, Timor Leste atau Brunei dalam kejohanan kali ini. – Kedahnews.com

1 comment:

  1. Jom bro Din,

    Kita tengok blue film awek myanmar .. jommm

    ReplyDelete

| Copyright © 2013 KedahNews.com