Nasruddin Hasan Mahu Tun M Lihat Sendiri Kekejamannya


SHAH ALAM - "Apabila saya mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di pentas Konvensyen Pakatan Harapan, saya hanya mampu mengaminkan doa bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Mohd Noor," kata Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hasan.

Menurutnya, Mahathir menerusi ucapan di konvensyen telah menyebut mana-mana pembangkang yang tidak bersama mereka adalah bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemakan dedak Umno.

"Maka saya hanya beratus kali mengaminkan kembali doa yang pernah dilafazkan oleh Allahyarham Fadhil.

"Ya ALLAH, Engkau Panjangkan umur Mahathir supaya ia dapat saksikan sendiri kezaliman dan kekejaman yang pernah ia lakukan," ujar Ahli Parlimen Temerloh itu dalam kenyataan di Facebooknya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com