Nak Jadi Macam Popeye, Lelaki Sanggup Suntik Minyak


‘TAK pernah puas!’

Demikian yang dirasai oleh seorang lelaki bernama Valdir Segato terhadap tubuh sasa yang sedia ada dimiliknya hingga sanggup menyuntikkan minyak pada otot-ototnya.

Walhal, dia mengetahui prosedur tersebut berbahaya dan boleh mengacam nyawanya.

Bagaimanapun, bagi Valdar, 48, dia tidak peduli semua itu kerana dia memgimpikan otat badan luar biasa yang terketak-ketak bak kartun popular, Popeye.

Menurut laporan laman Metro.uk, Valdir dahulunya mempunyai ketagihan terhadap dadah sekali gus membuatkan badannya kurus melidi.

Namun, setelah dia berhenti daripada menghisap dadah, Valdir mula berjinak-jinak dengan sukan angkat berat.

Lama kelamaan badannya mula kelihatan berotot. Tetapi, Valdir masih tidak berpuas hati hingga mengambil keputusan menyuntik minyak Synthol, sejak lima tahun lalu.

Bak ajaib, otot di bahagian lengannya membesar lebih 12 inci dengan cepat.

“Minyak itu membentuk badan dan menjadikan otot lebih bengkak – ia tidak menjejas kekuatan.


“Para doktor menyuruh saya menghentikannya, nasihat yang mereka berikan adalah supaya saya berhenti menggunakannya.

“Namun ini keputusan saya untuk meneruskannya kerana saya sukakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Valdir akui tubuh badannya itu membuatkan dia sukar mendapat pasangan hidup dan diejek orang-orang sekeliling. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com