Menteri Besar Lebihkan Rakyat Dari Konvensyen UMNO


ALOR SETAR – Meskipun dalam perjalanan menghadiri Konvensyen UMNO Negeri Kedah di Sungai Petani semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah tetap menunjukkan keprihatinan mendahulukan rakyat melebihi kepentingan politik.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Nahar Tajri, Menteri Besar itu mengarahkan pemandu suaya berhenti singgah sejenak untuk melihat keadaan dan membantu dua mangsa kemalangan jalan raya berhampiran dengan susur Plaza Tol Alor Setar Utara dekat sini pada pagi semalam.

Dalam insiden kira-kira pukul 8.45 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 50-an dan anak perempuannya yang menaiki motosikal cedera dipercayai akibat dilanggar sebuah kereta jenis Nissan Almera.

Difahamkan beberapa keping gambar berkaitan kemalangan tersebut viral tersebar di beberapa laman sosial dan ramai netizen yang mula membuka mata memuji sikap sebenar Ahmad Bashah, namun masih ada lagi segelintir pengguna media sosial yang masih menghina kebaikan beliau itu.


Difahamkan bahawa ia bukan satu perlakuan luar biasa bagi Ahmad Bashah malah Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Bakar Bata itu ekoran beliau dikatakan sering melakukan perkara sama sebelum ini jika terserempak kejadian tidak dijangka.

Nahar berkata, kemalangan tersebut berlaku hanya kira-kira beberapa puluh di hadapan kenderaan rasmi yang dinaiki Ahmad Bashah dan kebetulan melalui kawasan berkenaan.


“Ahmad Bashah dalam perjalanan ke Sungai Petani untuk menghadiri Konvensyen UMNO Kedah dan beliau berhenti seketika untuk melihat keadaan mangsa,” katanya yang berkongsi kejadian berkenaan dengan media. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com