MB Kelantan Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai bersempena ulang tahun ke-47 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini, Ahmad dianugerahkan gelaran kebesaran daripada Sultan Muhammad V yang membawa gelaran Datuk Bentara Kanan.

Seramai 47 individu lain dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, didahului Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang merupakan penerima tunggal Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).

Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan Datuk Tengku Faridah Sultan Ibrahim dan Pengerusi PNB Development Sdn Bhd Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) membawa gelaran Datuk.

Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusof dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said menjadi penerima tunggal Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) membawa gelaran Datuk.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu Ahmad Bache dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Datuk Seri Zainal Rahim Seman, masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) membawa gelaran Datuk.

Baginda berkenan mengurniakan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk kepada enam penerima.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Kelantan Dr Ramli Mamat; Bendahari Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal, Pengarah Urusan Syarikat Mayazia Sdn Bhd Datuk Khairul Othman, Pensyarah Pondok Sungai Durian Dr Abdul Basit Abd Rahman, Mudir Pondok Terusan Limbat Wan Mohamed Wan Osman, dan ahli perniagaan Wan Adzlan Wan Othman.

Enam penerima dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk iaitu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Mohd Rafi Alli Hassan, Pengarah Urusan Taner Industrial Sdn Bhd Tan Kian Soon, Naib Presiden 1 KPJ Healthcare Berhad Abdol Wahab Baba, doktor pakar Klinik Balqis Dr Balkhis Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd Feizal Nor Nurbi.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia Brig Jen Wan Nawawi Daud dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK), manakala Panglima Markas Briged Artileri Roket Kem Perdana Sungai Besi, Brig Jen Ahmad Ab Rahman menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK). Kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Sultan Kelantan juga berkenan mengurniakan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk kepada 14 penerima.

Mereka ialah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Zaitun Ab Samad, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz, Duta Besar Malaysia di Romania Datuk Tajul Aman Mohammad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Dr Noor Zari Hamat, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Mohd Sallehhuddin Hassan, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Jabatan Kerja Raya Ir Mohd Daud Harun, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan Prof Abdul Aziz Ab Latif.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Dr Wan Zawawi Ismail, Timbalan Akauntan Negara Mohamad Azmi Ali, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Prof Ahmad Zakaria, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, Perunding Pakar Bedah Payudara & Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Imi Sairi Ab Hadi, Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Zulkifli Zainuddin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam Zamri Ismail.

Baginda berkenan mengurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Norazman Ayob dan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim.

Tiga penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar, Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Bukit Aman, SAC Coursesenu Ibrahim.

Empat penerima pula dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah D4 Bahagian Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah PDRM SAC Khairuldin Saad dan Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM SAC Zainuddin Yaacob.

Seramai tiga individu menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), dua menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK), 45 orang menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK), lima menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (PJK).

Seramai 58 orang menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat setia (BJK), 49 dikurniakan Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK) dan lapan menerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (AJK).

Bagi penerima bintang-bintang pula, seramai 32 individu menerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 43 menerima Bintang Seri Kelantan (SK) dan 88 menerima Bintang Ahli Kelantan (AK), manakala 49 orang menerima Pingat Bakti (PB), 64 menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS), 72 menerima Pingat Ta’at (PT) dan 23 menerima Pingat Perangai Baik (PB).

Seorang menerima Surat Kepujian dan sembilan orang menerima Jaksa Pendamai.

Kesemua individu berkenaan menerima anugerah pada Sabtu. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com