Mayat Lelaki Sakit Mental Ditemui Dalam Longkang


LUMUT – Mayat seorang lelaki dipercayai menghidap masalah mental ditemui di dalam longkang di kawasan perumahan Taman Limau, Sitiawan di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Ahmad Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mayat Tan Swee Chuan, 67, ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira 9 pagi.


“Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan luka pada bahagian kening sebelah kiri disyaki akibat terjatuh dan terkena bucu longkang.

“Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tengku Mohd Zailan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com