Mayat Lelaki Ditemui Di Bangunan Terbengkalai Pekan Baru, Sg Petani

Mayat lelaki ditemui di bangunan terbengkalai.
SUNGAI PETANI - Mayat lelaki dijumpai di kawasan bangunan terbengkalai berdekatan sebuah pasar raya di Pekan Baru, di sini, baru-baru ini.

Mangsa merupakan lelaki tempatan dipercayai gelandangan berusia 40-an didapati meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di atas tilam di tingkat satu bangunan berkenaan.

Berdasarkan sumber polis, mangsa yang dipercayai penagih dadah maut disebabkan kehilangan darah akibat suntikan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, polis masih menyiasat identiti mangsa.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com