Mahfuz Tak Kisah Jika PAS Ambil Tindakan Disiplin


ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sedia menerima sebarang tindakan disiplin dari PAS ekoran dari tindakannya tidak akur pada keputusan pucuk pimpinan parti untuk hadir ke himpunan haram, Bersih 5.

Bekas Ketua Penerangan PAS itu memberi alasan bahawa beliau hadir ke demonstrasi jalanan baju kuning itu adalah "kerana rakyat".

"Bersedia terima (sebarang tindakan).

"Terserah pada Jawatankuasa Disiplin. Itu terpulang pada parti untuk lihat ini satu kesalahan atau tidak.

"Apa saya lalukan hanya untuk rakyat Malaysia. Saya tak fikir himpunan BERSIH gugat orang ramai," kata Mahfuz, seperti yang dipetik dari portal pro-pembangkang, Malaysiakini.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menegaskan kepada media bahawa PAS akan mengambil tindakan terhadap ahli parti itu yang dikesan menyertai Bersih 5, sekiranya ada aduan rasmi.

“Jika ada aduan… parti tidak boleh bertindak sekiranya tiada aduan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anggota dan penyokong PAS yang akur keputusan parti dengan tidak hadir ke perhimpunan tersebut.

"Kita tidak mahu (dalam) demonstrasi ini berlaku pertembungan yang merugikan rakyat. Ini sangat penting dan perlu diawasi," kata Presiden PAS itu, semalam.


Selain Mahfuz, antara pemimpin PAS Kedah yang menyertai Bersih 5 adalah Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa.

PAS sebelum ini menolak keras untuk menyertai Bersih 5 dan mendakwa himpunan ganas itu telah lari dari tujuan sebenar ia dianjurkan selain mengutuk amalan yang tidak demokratik cuba menjatuhkan kerajaan sedia ada secara tidak sah. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com