Mahathir Pun Bersama DAP, Apa Lu Mau Lagi? - Tony Pua


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohammed pun mahu berdiri bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Apa Lu Mau Lagi?

Itu kata-kata Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ditujukan kepada seluruh ahli DAP supaya bekerja lebih kuat untuk merampas pemerintahan negara ini.

Beliau cuba melambangkan Kit Siang kononnya seorang pemimpin yang hebat kerana pernah berasa kecewa apabila tewas dalam pillihan raya pada tahun 1999.

“Beliau tidak pernah berundur dan meneruskan perjuangan untuk DAP. Oleh itu, mari kita terus berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh demi masa depan anak cucu kita,” katanya seperti yang terkandung dalam teks Ucapan Konvensyen Tahunan DAP Selangor di Petaling Jaya hari ini.

Tony dalam pada itu memberi amaran kepada penjawat awam di Malaysia bahawa mereka akan berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan yang tegas apabila Pakatan Harapan berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kata beliau, pemerintahan baharu Malaysia dibawah Pakatan Harapan kelak tidak akan bertolak ansur dengan golongan tersebut yang melakukan sebarang kesalahan.

Beliau memberi contoh tindakan yang diambil oleh DAP dalam kes membabitkan salah seorang wakil rakyatnya yang menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

“Biar contoh ini menjadi amaran dan teladan kepada semua wakil rakyat, ketua kampung, ahli majlis dan lain-lain jawatan kerajaan yang dilantik oleh parti sekarang dan pada masa yang akan datang.

“Parti DAP tidak akan teragak-agak untuk menghukum dan memecat mana-mana pihak yang rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyeru semua ahli DAP, ketua kampung dan ahli-ahli majlis di Selangor menjalankan kempen menjimatkan air dan memantau kebersihan sungai kita untuk menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu sambil menyifatkan masalah itu bukan salah kerajaan Selangor. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com