Lisa Surihani Mengandung Lagi Anak Kedua, Tahniah Yusry!


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Yusry KRU dan Lisa Surihani yang disahkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi oleh Yusry menerusi laman Instagramnya.

Menerusi status perkongsian itu, Yusry yang juga merupakan pengarah terkenal memaklumkan tahun depan Yahaira bakal mendapat adik.


“Insyallah, tahun depan keluarga kita akan menjadi empat. Mummy Sayang @Lisasurihani saya pasti awak juga teruja seperti saya.

“Yahaira sayang, semoga kamu dapat menjadi kakak yang baik kepada adikmu,” tulisnya.

Menurut Yusry, kandungan Lisa sudah pun memasuki trimester kedua.

Pasangan ini sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Yahaira Leanne yang sudah berusia setahun. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com