Lelaki Lemas Dekat Jeti Batu Musang Ketika Cari Ketam Di Tali Air


BATU KAWAN – Seorang lelaki yang hilang ketika mencari ketam di tali air, ditemukan mati lemas berhampiran Jeti Batu Musang di sini semalam.

Mayat Lee Choon Chin, 31, ditemukan di kawasan paya pada 10.50 pagi ini, kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilapor terjatuh.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azhar Samsudin berkata Lee dilapor hilang ketika mencari ketam bersama rakannya di tali air itu pada 3.30 pagi.

“Lee yang merupakan peniaga restoran, pergi ke kawasan itu untuk mencari ketam pada 1 pagi dan dikatakan terjatuh semasa mengangkat tangkul ketam,” katanya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad berkata mayat Lee dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com