Lebih 100 Rumah Dilanda Banjir Kilat Di Bukit Mertajam

Beberapa rumah dan restoran di Kampung Tok Konan, Machang Bubuk, Bukit Mertajam dinaiki air.
BUKIT MERTAJAM - Lebih 100 rumah di beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini dinaiki air 0.61 meter selepas hujan lebat selama satu jam bermula pukul 5 petang Isnin.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Bukit Mertajam; Kampung Haji Musa; Kampung Bukit Teh; Kampung Manggis; Kampung Tok Konan; Kampung Pulau Pinang; Kampung Simpang Tiga Machang Bubok; dan Kampung Manis.

Banjir kilat itu turut menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Machang Bubuk-Kulim apabila sebahagian jalan itu dinaiki air.

"Keadaan banjir di kawasan Bukit Mertajam diburukkan lagi dengan limpahan air dari Sungai Kulim. Setakat ini tiada mangsa yang dipindahkan," kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang Pang Ah Leh.

Beliau berkata APM meletakkan anggotanya dalam keadaan siap siaga dan menempatkan tiga pacuan empat roda, dua lori, dua bot dan dua ambulans di kawasan terlibat. - BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com