Lapan Pemimpin, Aktivis Bersih Sudah Dibebas Dari Tahanan

KUALA LUMPUR - Polis membebaskan lapan daripada 13 individu yang ditahan sebelum perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung pada Sabtu.

Mereka ialah Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh; pemimpin DAP, Ronnie Liu; Jimmy Wong dan Lee Khai Meng, Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan, dan aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.

Mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada petang Ahad.

Mereka ditahan pada Jumaat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan untuk mengelakkan rusuhan.

Bercakap kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, peguam Ramkarpal Singh berkata mereka adalah kumpulan pertama tahanan yang dibebaskan sambil menambah bahawa mereka sedang menunggu pembebasan yang lain.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com