Kisah Benar: Cerita GST Malaysia Di Kota London...


RAKYAT Malaysia sering kali mengeluh mengenai Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan di negara ini sejak April tahun lalu.

Namun tahukah anda, di negara maju seperti United Kingdom (UK), rakyat mereka tidak sesekali pun mengeluh dan menyalahkan kerajaan dengan cukai sama yang dikenakan mereka malah dengan kadar peratus yang jauh lebih tinggi daripada dikenakan di sini.



Di bawah merupakan hasil coretan seorang netizen, Zahed Saidin yang berada di London baru-baru ini kerana mengikuti Kursus Kepimpinan dan Pengurusan.

Di sana beliau telah dihujani pelbagai persoalan daripada penduduk UK mengenai keluhan rakyat Malaysia mengenai GST yang dikenakan terhadap mereka.

Dibawah kami kongsikan pengalaman beliau;
“Semalam saya di hantar untuk penempatan sambil belajar di Syarikat Akauntan yg agak terkenal di UK iaitu James Cowper Kreston di Reading.

“Kira-kira 40 minit naik Komuter dari Paddington, London.

“Banyak perkara perbandingan antara amalan perakaunan dan percukaian di Malaysia-UK dibincangkan.

“Satu perkara yg agak memalukan saya sebagai rakyat Malaysia apabila mereka tahu tentang penentangan rakyat terhadap GST dan Cukai Pendapatan (income tax) Malaysia.

“Secara baik mereka tanya kenapa rakyat Malaysia begitu takut dengan GST dan tax. Di UK GST (VAT) mereka adalah 20%.

“Sedangkan Malaysia cuma 6%. Sangat jauh beza dgn UK. Sementara Cukai Pendapatan Mereka bermula dengan 20% – 40% – 45%.  Sedangkan Malaysia tidak lebih 28%.

“Ini bermakna, setiap bulan, payslip mereka selalu menunjukkan kehilangan hampir separuh dari pendapatan bulanan mereka utk potongan Cukai Pendapatan sahaja. Dan mereka masih boleh hidup di UK tanpa menyalahkan Kerajaan tak tentu pasal.

“Sebagai perbandingan, saya tanya tentang gaji permulaan bagi ijazah pertama. Berapa gaji student yg baru grad jika mereka mula bekerja.

“Menurut Undang2 Buruh mereka gaji ijazah pertama hendaklah tidak kurang daripada 2500 Pound.

“Purata gaji Ijazah Pertama adalah antara 2500 hingga 3500 pound. Saya lihat angka yg sama dengan gaji Kakitangan Awam Malaysia bagi gred 41.

“Kos pengangkutan juga mahal kata mereka. Harga rumah flat 2 bilik di pinggir London tidak kurang 300 ribu pound.

“Jika di London lebih mahal. Sekali lagi angka yg sama dgn Malaysia.

“Benar harga kereta mereka lebih rendah dari Malaysia dan banyak bantuan kepada golongan miskin diberikan.

“Melihat kepada GST dan income tax mereka yg sangat tinggi, menunjukkan Kerajaan UK telah mengambil awal-awal lagi wang gaji rakyat mereka sebelum sempat mereka berbelanja.

“Kemudian cukai itu menjadi pendapatan negara sebelum diberikan semula kepada rakyat lain dlm bentuk kereta murah, bantuan bulanan, elaun org miskin dll.

“Saya bagitau mereka, rakyat Malaysia selalu bandingkan harga kereta Malaysia yg mahal berbanding dengan UK.

“Jika kita hendakkan perkara yg sama dgn UK, maka rakyat Malaysia sepatutnya bersedia dengan perkara yang sama iaitu membayar GST 20% dan membayar income tax hingga 45%. Saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu.

“Mat Saleh tu nampak bersetuju dengan saya.  Sebenarnya saya nak cover kelemahan pengetahuan rakyat Malaysia tentang GST serta pandangan sinis mereka terhadap kita.  Selepas itu saya bercerita tentang kereta buatan British, Bola Sepak British, Golf dan Tennis,” tulisnya.

Jadi, kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana hanya 6% GST sahaja dikenakan, tidak seperti mana rakyat UK yang perlu membayar sebanyak 20%. - Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com