KFA Belum Putus Negara Bakal Dilawati Skuad Lang Merah


ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) masih belum memutuskan negara mana yang bakal menjadi pilihan untuk dilawati pasukan Lang Merah sama ada ke negara Asia atau Eropah, kata Setiausaha Kehormatnya, Dato' Aminuddin Omar.

Kata beliau, pihak pengurusan KFA belum memutuskan lagi perkara tersebut ekoran semua pemain Kedah masih bercuti, manakala Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe sedang berada di luar negara bagi mengikuti kursus kejurulatihan profesional.

"Setakat ini kita belum lagi mendapat tarikh yang sesuai sebab 27 November ini baru semua melapor diri ke semua pemain yang akan bersama dengan Kedah bagi musim depan.

"Sekarang ini couch (Tan Cheng Hoe) sedang berada di luar negara bagi menjalani latihan bengkel pengkhususan untuk jurulatih-jurulatih yang ada lesen A mempertikat tahap lesen," jelas beliau kepada Kedahnews.com ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, selepas skuad Kedah kembali melapor diri dan menjalani latihan bersama, maka barulah pihak KFA akan duduk berbincang mengenai habuan lawatan ke luar negara sambil mengadakan perlawanan persabahatan dengan pasukan bola sepak di negara berkenaan.

"Selepas itu baru ada perbincangan yang lebih khusus, menjurus kepada lawatan ke luar negara bersama pemain-pemain itu," katanya lagi.

Exco Sukan Kerajaan Negeri itu juga belum pasti tentang negara yang bakal dilawati ekoran belum ada perbincangan dan masih dalam perancangan pihak pengurusan KFA.

"Belum pasti lagi.. belum dipastikan lagi secara terperinci, ia masih dalam perancangan," jelas beliau.

KFA sebelum ini mengumumkan habuan lawatan ke luar negara sambil mengadakan perlawanan persahabatan buat pasukan Kedah yang berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2016, di Stadium Shah Alam. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com