Kes Tumbuk Tunang: Suspek Berjaya Ditahan


LELAKI yang didakwa telah menumbuk tunangnya selepas berlaku perselisihan faham pada Isnin lalu dilaporkan telah ditahan polis.

Suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan pada Jumaat, di sebuah kediaman di Petaling Jaya, jam 12.30 tengah hari.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa yang merupakan seorang jururawat mengalami bengkak teruk di bahagian mata, dan patah tulang pipi selepas dibelasah oleh tunangnya.


Punca kejadian difahamkan kerana lelaki itu berang mangsa mahu mengikuti rombongan bersama rakan sekerjanya ke Janda Baik, Pahang.

Menurut abang mangsa, adiknya dan lelaki itu baru empat bulan bertunang selepas berkenalan kira-kira setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Terdahulu, gambar beserta kapsyen yang memaparkan kesan lebam teruk mangsa setelah dipukul oleh tunangnya menjadi viral apabila ia dikongsikan netizen yang rata-rata mengutuk perbuatan lelaki terbabit. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com