Kerajaan Sangkal Dakwaan Harga LPG Naik


PETALING JAYA – Khabar angin yang mengatakan harga gas petroleum cecair (LPG) akan naik tahun depan adalah tidak benar, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut kementerian itu, beberapa media tempatan melaporkan bahawa harga LPG akan meningkat sebanyak RM7 setong tahun depan.

Walau bagaimanapun, KPDNKK menafikan dakwaan ini.

“Laporan-laporan yang telah tersebar luas dianggap tidak bertanggungjawab hingga mewujudkan suasana panik di kalangan pengguna.

“Kementerian memberi jaminan bahawa harga LPG akan kekal,” demikian menurut kenyataan.

Sumber: mStar Online

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com