Kenali Suku Kaum Yang Hampir Pupus Sebelum Terlewat


Puluhan ribu tahun lalu memburu dan mengutip buah-buahan menjadi satu-satunya cara hidup manusia, sebelum konsep pertanian dan menternak haiwan mula diamalkan.

Kehidupan sukar yang sudah lama ditinggalkan.


Bagaimanapun, percaya atau tidak, cara kehidupan seperti itu masih diamalkan suku kaum Raute jauh di dalam hutan belantara Nepal.

Kumpulan etnik itu disebut dalam buku teks sejarah pernah hidup puluhan ribu tahun dulu sebelum manusia mula mengamalkan pertanian dan penternakan haiwan.


Suku kaum Raute yang kini hampir pupus itu dirakam jurugambar Andrew Newey di daerah Surkhet, timur Nepal.

Mereka menjalani kehidupan yang amat sederhana dengan setiap seorang daripadanya menyumbang tenaga untuk kebaikan bersama tanpa mengira usia.


Malangnya, etnik itu kini hanya tinggal tidak lebih 150 orang.

Ini bererti, kumpulan itu mungkin lenyap dari muka bumi ini tidak lama lagi. - Agensi

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com