Kebakaran Di Kuala Ketil: Ibu Lumpuh, Anak Berjaya Diselamatkan


KUALA KETIL - Seorang warga emas yang lumpuh bersama seorang anak dan dua cucunya terselamat daripada hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Guar Tinggi, malam semalam.

Difahamkan mangsa masing-masing wanita berusia 60 dan 80 an termasuk dua kanak-kanak itu sempat diselamatkan penduduk.

Seorang lagi penghuni yang mendiami rumah berkenaan tiada di kediamannya ketika kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com