Jangan Takut, Kumpulan Baju Merah Tak Kebal – Maria Chin


KUALA LUMPUR – Penganjur demontrasi anti kerajaan Bersih 5 menyeru seluruh penyokongnya supaya tidak takut dengan kewujudan kumpulan Baju Merah yang menentang demonstrasi tersebut.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, ketua kumpulan Baju Merah iaitu Datuk Seri Jamal Yunos telah membuktikan bahawa ahli kumpulan itu tidak kebal.

“Ketua mereka tempoh hari telah terbukti tidaklah kebal pun. Kita telah melihat bagaimana beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit mahu melarikan diri dari kekecohan yang berlaku di Ampang.

“Seluruh negara telah ketawa melihat gelagat Jamal dan juak-juaknya,” katanya mengejek kumpulan Baju Merah hari ini.

Maria Chin berkata, penyokong Bersih 5 juga tidak perlu takut dengan Jamal dan anggota kumpulan Baju Merah kerana polis pasti akan melindungi baju kuning.

Beliau memberi contoh penganjuran demontrasi anti kerajaan pada tahun lalu menyaksikan pihak polis begitu cekap menghalang kumpulan Baju Merah.

Maria Chin turut mengejek kumpulan Baju Merah yang beliau dakwa diberi makan oleh UMNO hanya akan muncul pada saat-saat akhir.

“Kita berharap pihak polis akan bersiap sedia untuk berdepan juak-juak Jamal. Sabtu ini saya harap rakyat Malaysia akan membuang rasa takut dan turun beramai-ramai,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com