Jamal Yunos Ditahan Reman Empat Hari


PETALING JAYA - Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos direman selama empat hari bermula Sabtu.

Mahkamah Majistret Ampang meluluskan perintah remah terhadap Jamal dan dua penyokong Baju Merah bagi membantu siasatan terhadap tiga kes rusuhan dan menghalang tugas seorang anggota polis serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

Penasihat undang-undang Baju Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata Jamal bersama dua penyokong kumpulan itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk direman.

Beliau berkata Jamal ditahan berkaitan insiden kekecohan antara polis dan dirinya di pusat membeli-belah Ampang Point pada 13 November lalu.

Jamal diiring keluar dari mahkamah dalam keadaan bergari kira-kira pukul 2.05 petang Sabtu.

Beliau sempat melaungkan slogan "merah, merah, hidup merah" kepada sekumpulan kecil penyokong Baju Merah yang muncul di mahkamah sebagai memberi sokongan kepada Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

Jamal ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com