#Islam: Boleh Ambil Komisyen Tanpa Izin?

Gambar Hiasan
SOALAN: Seseorang mengutip derma bagi pihak sekolah tahfiz dan sebanyak 30 peratus daripadanya diambil sebagai upah sebelum diserahkan kepada pihak sekolah terbabit. Adakah tindakan sebegini harus?

JAWAPAN:


Tindakan mengutip derma membantu pihak memerlukan adalah perbuatan mulia. Dalam isu menerima imbuhan kerana kerja tersebut adalah harus. Ia sebagai penghargaan kerana kita bersusah payah ke sana ke mari bagi mengutip derma.

Namun, apabila kita sebagai pengutip derma mengambil sendiri imbuhan, maka ia sudah dikira tidak amanah. Masyarakat memberi derma untuk sekolah tahfiz, maka semua kutipan mestilah diberikan kepada pihak sekolah tahfiz. Setelah itu, pihak pengurusan akan memberikan imbuhan yang sewajarnya.

Jika bertindak mengambil sendiri upah sebelum diberikan kepada pihak pengurusan, besar kemungkinan wang kutipan akan hilang dan tiris. Sewajarnya berhati-hati dalam isu wang.

Sumber: Utusan

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com