Himpunan 19 November Tak Dibenarkan Di Dataran Merdeka


PETALING JAYA - Penyokong Bersih dan Kumpulan Baju Merah tidak dibenarkan berkumpul di Dataran Merdeka pada 19 November ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Beliau berkata permohonan Bersih 2.0 dan Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk mengadakan perhimpunan pada 19 November ini tidak akan diluluskan.

Mengenai alasan penolakan itu, Mohd Amin memberitahu The Star 'sebabnya sama' seperti beberapa perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah pada Khamis mengumumkan perhimpunan Bersih 5 akan diadakan di Dataran Merdeka.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu kemudiannya menyerahkan notis 10 hari menjelang perhimpunan itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Awam kepada pihak polis.

Menurut NGO itu pada Selasa lalu, notis sudah dihantar kepada balai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Brickfields dan Dang Wangi.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com