Harimau Malaysia Dapat Jersi Baru, Jenama Nike!


SKUAD kebangsaan, Harimau Malaysia menerusi jenama Nike, hari ini telah memperkenalkan dua jersi baharu untuk pasukan bola sepak itu bagi sesi tahun 2016 hingga 2018.

Rekaan kali ini, nampak lebih mengancam dengan menampil dua warna utama pada dua jersi berbeza iaitu hitam untuk jersi ‘home’, manakala, warna putih untuk jersi ‘away‘.

Berbeza dengan rekaan jersi lama, jersi baharu ini menampilkan logo rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bahagian dada menggantikan bendera Malaysia.

Menurut satu kenyataan FAM, jersi baharu itu akan mula digunakan skuad Harimau Malaysia, Ahad ini dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar.


Majlis pelancaran jersi baharu ini berlangsung pagi tadi, di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Antara yang hadir pada majlis ini ialah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee serta empat pemain Harimau Malaysia iaitu Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abd Radzak, Nazirul Naim Che Hashim dan Matthew Davies.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo.

Jersi baharu Harimau Malaysia ini akan mula dijual pada Rabu ini di rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga RM289. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com