Harga RON95, RON97, Diesel Naik 15 Sen Bagi November


KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 15 sen seliter mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Nov ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).

“Harga runcit baharu bagi diesel pula RM1.90 seliter,” katanya kepada Bernama, malam semalam.

Harga runcit petrol sepanjang Oktober bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.75). – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com