Hanya Islam Layak Pimpin Manusia – PAS


KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan masyarakat terutama seluruh jentera parti itu bahawa hanya Islam layak memimpin umat manusia ke arah perpaduan.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, hanya Islam mengiktiraf kepelbagaian manusia sebagai punca perpaduan dan kasih sayang.

“Islam tidak membawa agenda kaum, bangsa dan puak. Islam hanya membawa agenda ketaatan kepada Allah.

“Islam tidak mempedulikan dari bangsa apa kita dilahirkan atau di negeri mana darah kita ditumpahkan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Hashim memberi contoh Islam pernah berkembang dari Transoxania di Asia Tengah hingga ke Andalusia di barat Eropah.

Menurutnya, berbagai bangsa dan budaya bersatu di bawah Islam dan orang bukan Islam menumpang tuahnya.

“Sehingga kini, dunia mengakui bahawa zaman Islam itulah “The Golden Ages” zaman keemasan bagi kemanusiaan,” katanya. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com