Gara-Gara Entry Facebook, Senator Kemboja Dipenjara 7 Tahun


PHNOM PENH – Senator pembangkang Kemboja dihukum penjara tujuh tahun kerana memuat naik dokumen palsu di laman media sosial berhubung kawasan sempadan yang menjadi pertikaian dengan Vietnam.

Sentimen anti-Vietnam terlalu kuat di beberapa kawasan di Kemboja dan ia sering diputar-belitkan pembangkang untuk melemahkan pentadbiran Hun Sen.

Menurut pengkritik, mahkamah mudah tunduk kepada kehendak Hun Sen, bertindak balas dengan menuduh dan mendakwa pembangkang yang berbeza pendapat.

Senator Hong Sok Hour ditahan tahun lalu, beberapa hari selepas Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, menuduh dia berpaling tadah kerana menaik muat versi palsu perjanjian lama berhubung sempadan di laman sosial Facebook milik Sam Rainsy.

Versi perjanjian yang berusia 36 tahun itu antara lain menetapkan, kedua-dua negara boleh ‘membubarkan sempadan’ – konsep yang mencetuskan kemarahan rakyat Kemboja.

Mahkamah hari ini mendapati senator terbabit bersalah kerana memalsukan dokumen awam, menggunakan dokumen awam palsu, menghasut hingga menimbulkan keadaan tidak tenteram kepada keselamatan negara,” kata Hakim Ros

Piseth yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun. – AFP

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com