Gambar Bogel Tersebar, Timbalan Menteri Ukraine Dilanda Kontroversi


KERAJAAN Ukraine mempertahankan tindakan melantik Anastasia Deeva sebagai Timbalan Menteri Dalam Negerinya meskipun gambar lucah wanita itu, dalam keadaan bogel telah disebarkan di media sosial.

Gambar menjolok mata Anastasia, 24, telah mencetuskan skandal di negara berkenaan dengan ada antara gambar terbabit mendedahkan payu daranya.

Sebelum ini pelantikannya sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas integrasi Eropah, juga telah mencetuskan kemarahan ramai disebabkan usianya yang terlalu muda.

Menurut rakan-rakan Anastasia, dia merupakan peminat pereka fesyen Stella Mccartney.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri telah mempertahankan keputusan mereka melantik Anastasia sebagai timbalannya dan mendakwa gambar berkenaan adalah palsu serta bermotifkan politik.

“Saya mengenali Anastasia secara peribadi. Tugasnya adalah membantu menteri, melakukan perkara untuk menyokong Amerika, Jepun dan negara lain, bagi membantu kita melakukan pembaharuan, bukan mengurangkan sebaliknya menambah pengetahuan, pengalaman dan karisma,” kata penasihat kepada Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko.


Bagaimanapun terdapat laporan Anastasia telah menipu dalam CV bahawa dia mempunyai pengalaman selama 10 tahun sedangkan jika dikira usianya, ia menunjukkan Anastasia mula bekerja sejak usia 14 tahun.

Anastasia pernah bekerja sebagai pembantu kepada penasihat bekas presiden, Leonid Kozhara antara 2013 dan 2014.

Dia telah menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan bersekolah di Manchester dan fasih dalam bahasa Inggeris serta Perancis.

Suami Anastasia, Grogory Deev, 33, yang juga pemilik agensi pengiklanan enggan mengulas mengenai gambar berkenaan. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com