Fenomena Supermoon Dapat Disaksikan 7.24 Malam Ini


FENOMENA bulan terbesar dan paling terang yang dikenali sebagai Supermoon, akan dapat disaksikan hari ini pada jam 7.24 malam.

Fenomena Supermoon pada kali ini adalah lebih luar biasa dari yang lain disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat dengan Bumi sejak tahun 1948.

Orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar (perigee) dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam.


"Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.

"Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar.

"Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.


Jadi, pastikan anda semua sudah bersiap sedia dengan mempunyai ‘port’ yang sesuai untuk melihat Supermoon dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com